|
Written by Administrator
|
|
Friday, 17 August 2007 |
|

Kerala, negeri baratdaya diatas benua kecil India.masyur sebagai pusat
kegiatan rawatan ayurvedic dan juga untuk masakannya yang pedas.
Masakan tradisional yang diturun-temurunkan sejak beribu-ribu tahun
dahulu, kini lebih diperkayakan. Walaupun begitu, citarasa dan juga
keaslian kerala tidak hilang ditelan masa. Restoran Kallianees dengan
bangganya memperkenalkan buat kali pertamanya di Malaysia suatu
restoran ‘Fine Dining’ yang menghidangkan masakan khas Kerala.
Lokasinya yang strategik berdekatan dengan Kuala Lumpur City Centre
(KLCC), memberinya penempatan yang eksklusif dan mudah dikunjungi.
Rumah Bunglow dua tingkat ini dihiasi dengan anggunnya ‘seagrass’,
perabot - perabot kayu jati, kraftangan yang diimport dan potret-potret
dari India. Premis ini mengandungi bilik makan di aras bawah dan tiga
bilik makan peribadi di tingkat pertama yang dikhaskan untuk
majlis-majlis eksklusif, perjumpaan dan perhimpunan. Tingkat pertama
juga mempunyai sebuah anjung yang mempunyai pemandangan Petronas Twin
Towers yang mengagumkan.
Di Restoran Kallianess, segala penyediaan dan hidangan makanan adalah
mengikut cara asli Kerala.
Datanglah beramai-ramai untuk menikmati susunan hidangan yang sunnguh
enak yang tidak dapat ditemui di mana-mana di Malaysia.
Pilihlah dari pelbagai hidangan istimewa kami yang asli dan lazat
Ayam Goreng Kochi
Ikan Pollichathu
Kambing Perlan
Udang Masala
Ketam Kulit Lembut Goreng Pedas
Briyani- ayam, kambing, udang, ikan, telur dan sayur
Pencuci Mulut- Kerala Sadhya dan lain-lain
Waktu Operasi
11am - 3pm & 6pm - 12am
Recommend this article...
|
|
Last Updated ( Friday, 17 August 2007 )
|