|
Restoran Seri Melayu - Buffet Ramadhan |
|
Written by ayeh
|
|
Tuesday, 25 September 2007 |
|
Restoran Seri Melayu yang terletak di No.1 Jalan Conlay 50450 Kuala Lumpur, sememangnya menyajikan hidangan buffet Ramadhan yang amat sedap dan pelbagai. Hidangan istimewa sepanjang Ramadhan ialah Nasi beryani yang di tanam dalam perut kambing dan sangat fresh. Makan Nasi panas panas sambil menikmati keenakan kambing panggang cicah air assam, Lauk pauk kampong, kuih muih melayu tradisional dan istimewa kuih muih kelantan, BBQ seperti udang, ketam, ikan baker, lidah panggang, otak-otak, popiah yang dibuat secara live di sudut warisan dan macam macam lagi. Memang Recommended lah makan kat sini. Selain setting ala-ala kampong dengan beca dan gerai, Puas hati bayar RM 70.00 bersih dapatkan makan macam macam.
Tempat juga sangat
menarik seperti istana dahulu kala. Selain itu ada persembahan
keroncong, langam dan lagu asli serta tarian kebudayaan. Bukan sahaja
orang melayu yang dating pelbagai kaum majmuk serta pelancong asing
turut merasai meriahnya sajian enak di Restoran Seri Melayu. Awas
dating makan ada Kod berpakaian, lelaki tidak boleh berseluar pendek
manakala perempuan tidka boleh berlengan pendek – jika tidak
mematuhinya kena pakai kain batik dan baju batik. UNIK kan.
- Review By : Rozlan Zainal Abidin
Recommend this article...
|
|
Last Updated ( Tuesday, 25 September 2007 )
|