Asalnya, perniagaan ini berkonsepkan katering. Namun, diatas permintaan ramai, terjadilah ia sebagai suatu restoran. Terletak dipersisiran pekan Kajang, restoran ini berkonsepkan kampung, dimana wakaf ataupun pondok didirikan dimuati 2 buah meja jepun setiap satu pondok. Makanan yang disediakan juga ala kampung.
Ada lebih 40 jenis makanan disini, dari minum pagi hinggalah makan malam. Paling istimewa disini adalah hidangan kambing, Nasi Goreng Ketam, Ayam Belanda Panggang, Asam Pedas Melaka Ikan Parang, dan banyak lagi masakan kampung asli. Bagi anda yang tidak mahu makan nasi berlauk, bolehlah memilih dari pelbagai jenis sandwich ataupun salad.
Sesudah makan, anda juga boleh menikmati sisha dari pelbagai perisa ataupun bermain congkak dengan famili anda.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
5pm - 2am
Sabtu dan Ahad
5pm - 3am