Keunikan restoran ini adalah pada temanya. Terletak berdekatan dengan pusat membeli belah Ampang Point dan Hotel De Palma, restoran Bora Ombak bertemakan Bali dengan mempamerkan konsep restoran dalam taman dengan dua pilihan tempat duduk.
Pelanggan-pelanggan restoran ini akan disambut dengan pukulan gong oleh pelayan restoran. Bersesuaian dengan konsep restoran ini, para pelayan mengenakan uniform ala pantai.
Menu Bora pula berkonsep fusion, meliputi makanan Indonesia, Melayu dan Barat. Ini memberi pilihan yang pelbagai kepada pelanggan. Orang ramai lebih suka duduk di luar yang dipanggil Tamansari Bali. Tempat makan terbuka “Laman Sore” yang dipenuhi dengan pokok kelapa dan kolam air berciri Bali ini amat menarik pada waktu malam. Sambil melihat keindahan senibina taman, lebih berselera menikmati juadah yang disediakan.