Jika anda mahu merasai ayam bakar asli ala-Solo, kunjungilah Restoran Ayam Bakar Wong Solo. Restoran ini merupakan cawangan franchise yang pertama di Malaysia. Dirasmikan oleh Dato’ Zaidi Hamidi, Duta Indonesia pada 31 Mac 2005, seni bina restoran ini berkonsepkan Nusantara, dimana buluh dan kayu kayan dibawa khas dari Indonesia. Malah, hingga ke meja kerusi dan juga pinggan mangkuk diimport dari sana.
Hidangan yang paling popular disini sudah tentunya ayam bakar dimana ayam kampung semata-mata digunakan. Daging ayam kampung akan direbus, kemudian diperap dengan rempah ratus dan akhir sekali dibakar di atas bara kayu arang. Anda boleh memesan antara hidangan ala - carte ataupun dari pilihan set. Jika kehausan, cubalah jus polygamy, dimana 4 jenis buah-buahan digunakan: avocado, betik, aprikot dan juga durian belanda. Cuba juga jus terung belanda, yang buahnya dibawa khas dari Indonesia.
Jangan tunggu-tunggu. Datanglah dengan seisi keluarga menikmati juadah istimewa Ayam Bakar Wong Solo.
Waktu Operasi:
Setiap Hari
11am - 12am