7 Kilometer dari Tol Sg.Buloh
Restoran in terletak di kawasan kampung dulunya tapak ni adalah tapak kebun getah Jalan Kampung Setia.
Skrin besar memberi Kepuasaan kepada pelanggan sambil makan. Restoran ini menghidangkan pelbagai sajian dari tempatan, sedikit menu Thai hinggalah ke barat.
Kebanyakan menu di sini nama bersempena dengan filem ‘Ibu Mertuaku’. Contohnya macam Sup Kasim Selamat, Mee Rebus Mamak Sariff dan Rojak Buah Chom Bee.
Motto Restoran “Kalau tak sedap, jangan bayar”. Dekorasi dalaman berkonsep restoran dan galeri barangan antik sempena filem ‘Ibu Mertuaku’. Macam mana barangan antik ada; beca lama, basikal, alat-alat muzik lama, gambar-gambar pelakon yang seangkatan dengan allahyarham Tan Sri P.Ramlee pun ada.
Yang best tu, setiap pelanggan yang makan di sini di gelar ‘Menantu’. Hah! Macam macam cara nak tarik pelanggan.