Restoran ini beralamat di no. 18, Tingkat Satu, Jalan Tunku Osman dan terletak di tengah tengah bandaraya Sibu. Tempat makan yang ni pun kena naik tangga juga.
Betulll takda menu. Setiap pelanggan yang datang perlu bagi tau makanan laut atau daging apa yang nak makan contoh ikan ke ayam ke lepas tu cakap je nak masak macamana nak stim ke goreng ke. Tapi selalunya masakan stail Cina, Melayu dan Melanau. Tempat makan ni adalah hasil inspirasi sepasang suami isteri tempatan.
Tapi restoran ini tutup hari Ahad. Waktu operasinya dari hari Isnin hingga Jumaat sebelas pagi hingga dua petang sementara sesi malam pulak dari enam petang sampai sepuluh malam.
Selain tu, restoran ni juga ada menyediakan perkhidmatan karaoke kalau nak buat jamuan bayarannya RM 200 ringgit.
Ini Chef Adam Ting yang mula bekerja kat sini sejak restoran Kasturi dibuka. Demonya kali ni Gamat goreng. Gamat, isi ketam, bawang besar, lobak merah dan rebung digoreng dengan minyak panas. Sementara tunggu masak..pukul telur dengan daun bawang dan cili..gamat tadi dah masak. Gaulkan dengan campuran telur tadi dah goreng…
Tamu saya yang berhormat Awang Beeme Awang Ali Basah ahli dewan undangan kawasan Nangka. Kami makan sup udang masak keladi yang ada campuran kulit hitam. Umai Kasturi special ni dibuat cara melanau cicah dengan sambal dan dimakan dengan sago.Ni pulak daging kambing digoreng kering dengan cili merah, hijau, bawang merah. Menu ikan tapah ni special kukus dengan halia dan kicap Jepun je. Ayam ni dikukus dengan rempah ratus sampai isi lembut pas tu makan dengan pau. Last kami try gamat goreng. Jus Fizzy Kasturi campuran lobak merah dengan nenas Sarawak.
gast_3772 : mee kolok? I never try it b4. yea, does ayone know where to have the mee kolok?
gast_8740 : i'm looking for a restaurant in selangor that serve sarawak traditional food like mee kolok.
JeremyNk : Hey Members!
I'm looking for best web hosting where I could host many domains...
I also need big bandwidth and space.
Could you please recommend for me some good host?
Jeremy.
gast_8121 : anyone selling casio PRG-130T-7V? or know the price?
iranian_gur : Semalam baru iftar kat FlamingSteamboat.com @ Bdr Sunway. Memang berbaloi!.. Full house beb! Nak berbuka kat situ kena call in advance untuk booking.