Minggu ini kita berada di negeri di bawah bayu, Kota Kinabalu Sabah gitu. Restoran pada hujung musim ketujug JJCM minggu ini ialah Atlantic Seafood. Restoran ini memilih hidangan jenis semi fine dining di mana pengunjung dapat menikmati hidangan international seafood dengan suasana open bar. Restoran ini adalah di bawah naungan sebuah syarikat pembekal makanan laut iaitu Global Satria. Atlantic Seafood mendapat bekalan makanan lautnya yang cukup segar dari Global Satria. Jadi, tidak hairanlah jika hidangan di sini amat lazat.
Suasana restoran ini amat indah dengan konsep moden yang ‘cozy’ menghadap tepi laut yang nyaman dan indah. Pengunjung dapat menikmati hidangan samada di dalam atau luar restoran. Terdapat juga satu kawasan khas untuk peminat-peminat bola untuk menikmati hidangan yang lazat sambil menonton mainan bolasepak di skrin LCD yang lebar. Kawasan khas ini terletak di tingkat atas restoran supaya pengunjung di bawah tidak terganggu dengan riuhan peminat-peminat bola. Pelanggan juga dapat menempah restoran ini untuk mengadakan majlis peribadi dan ia juga menyediakan katering servis di luar.
Daripada pelbagai jenis hidangan seafood yang terdapat di restoran ini, hidangan yang paling popular atau lebih di kenali sebagai ‘signature dish’ nya ialah Atlantic Seafood Platter. Mmm.. jangan terkejut, hidangan ini dihidang dengan 3 tingkat pinggan, benar-benar unik. Ia di penuhi dengan berjenis-jenis makanan laut, dari ikan, sotong hingga ke tiram dan kepah. Atlantic Seafood Platter ini boleh dijamu oleh 3 hingga 4 orang. Dengarnya pun sudah terliur..haa, apa tunggu lagi marilah kunjung dan cuba!
Waktu Operasi:
12pm to 1am
gast_3772 : mee kolok? I never try it b4. yea, does ayone know where to have the mee kolok?
gast_8740 : i'm looking for a restaurant in selangor that serve sarawak traditional food like mee kolok.
JeremyNk : Hey Members!
I'm looking for best web hosting where I could host many domains...
I also need big bandwidth and space.
Could you please recommend for me some good host?
Jeremy.
gast_8121 : anyone selling casio PRG-130T-7V? or know the price?
iranian_gur : Semalam baru iftar kat FlamingSteamboat.com @ Bdr Sunway. Memang berbaloi!.. Full house beb! Nak berbuka kat situ kena call in advance untuk booking.