Lot C1.27 & D1.26, Ground Floor
Plaza Pantai (Kerinchi LRT station)
No. 5, Persiaran Pantai Baru
Off Jln Pantai Baru,
, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 59200
Bagi penonton yang tak pernah try makan BBQ dan Stimboat Korea... kali ini kita ke Plaza Pantai Bangunan yang terletak di tepi Lebuhraya Persekutuan. Senang saja hendak cari, pertengahan di antara PJ dan KL. Lebih senang kalau jalan kaki dari Stesen Putra LRT Kerinchi.
Restoran ini sudah 4 tahun beroperasi. Merupakan restoran BBQ dan Stimbot Korea yang mula-mula wujud di Malaysia.
Sentiasa menerima kunjungan orang ramai, tempat ini memang popular kerana pelanggan rasa selesa makan di sini sebab ia merupakan satu-satunya restoran BBQ yang mengeluarkan belanja besar untuk system kawalan asap terbaik.
Bermula dengan hanya 60 tempat duduk kini sudah menjadi 260. Konsepnya, ‘Eat All You Want’. Makanlah banyak mana terlarat. 128 jenis pilihan makanan untuk anda cuba.
Buffet ‘Value for Money’ ini menghidangkan seafood, daging, ayam, sayur-sayuran , Yong Tau Foo, “appetiser” segar-segar belaka dan juga banyak dessert. Di sini, orang tak pandai masak pun boleh jadi pandai sebab konsep ‘cook it yourself’... kena masak sendirilah!
Daging, ayam , ikan dan seafood yang dah diperap paling laku. Ramai pelanggan berulang ulang ambik... antara bahan yang digunakan untuk perap macam lada hitam, cili kasar, rempah kari, bawang putih dan banyak lagi lah bahan lain.
Demo Time! Chef Zawawi Ibrahim nak tunjukkan cara masak sup tomyam cara Seoul Bulgogi. Rahsianya... Chef guna air rebusan sayur-sayuran... masukkan seafood dah siap tomyam kita!!
Saya mencuba sup tomyam untuk stimbot, selain pada itu ada juga sup ayam. Apa yang menariknya set dapur ni berlainan dari set dapur di tempat lain kerana ianya berteknoloji tinggi mampu menyerap bau dan asap apabila memasak.
Harga? Untuk makan tengahari RM18.88++ dan RM10.00 untuk kanak kanak bawah 12 tahun. Makan malam RM28.88++ untuk dewasa kanak kanak bawah 12 tahun pulak RM15.00++.
Hi-Tea pula berharga RM22.80++ dan RM12.00++ untuk kanak kanak bawah 12 tahun.
Promosi istimewa pula dari Isnin hingga Jumaat, jam 12 tengahari hingga 2.30 petang ada buffet lunch... murah betul dari RM7.88++ hingga RM16.88++ sahaja... Cubalah