Directory

Asam Pedas Café & Restaurant

Owner
admin
Address
No. 6, Jelatek Business Park , Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 54200
Telephone
Tel : 03-42527279, 03-42527280 - HP: 012-2212727 (Ashaari)
Fax
Fax : 03-42527281
Votes
2
Featured
No
Halal
Yes
Rate this listing
2 votes
Favoured:
0
Asam Pedas Café & Restaurant
Restoran Asam Pedas telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2002. Ianya adalah satu-satunya restoran dan kafe bertaraf sederhana yang mesti anda kunjungi jika anda ingin menikmati masakn tradisi Negeri Hang Tuah dengan suasana yang seles. Restoran ini dilengkapi kapasiti kemuatan 70 orang pelanggan dalam satu masa. Nama restoran ini amat dibanggakan oleh Pengemar Asam Pedas secara tidak langsung kepada negeri Melaka. Asam Pedas amat popular di Negeri Melaka. Jika anda ingin merasakan keistimewaan juadah diRestoran Asam Pedas. Kami menyajikan konsep Ala warung di waktu page seperti Roti Canai dicicah Asam Pedas, Nasi Lemak kukus dan Teh Tarik manakala di tengahari kami menyediakan Hidangan Ala Kenduri dimana kelainan cara hidangan majlis masyarakat melayu di kampung mempunyai lima lauk satu dulang. Disamping Ala Kenduri, Ala Carte ada disediakan. Setaip meja pelanggan akan diberikan Ca’lengkung sebagai pencuci mulut secara percuma. Disebelah petang hingga ke malam pula disamping Ala Carte, kami ada menyediakan Cucur Udang Alor Gajah yang menjadi lambing kemegahan Bandar Alor Gajah. Masakan Asam Pedas sentiasa ada disetiap masa. Tidak kira waktu pagi, petang atau malam. Konsep Hiasan Gabungan Warna warna rempah ratus menceriakan lagi suasana dalam Restoran. Gambar gambar destinasi pelancongan negeri Melaka dipapar di seluruh dinding. Di dtas Rak Utama ada mempamirkan koleksi Coke dari luar negara. Bahagian Luar dibiarkan keselesaan untuk berborak sambil menikmati juadah. Restoran Asam Pedas menghidangkan sajian Khas negeri Hang Tuah iaitu Asam Pedas Daging sukar didapati dikawasan Lembah Klang. Keistimewaan Asam Pedas Daging memiliki aroma daun limau purut manakala Asam Pedas Ikan pula bersama aroma daun kesom. Antara menu menjadi pilihan utama di Asam Pedas ialah: Asam Pedas Daging, Ikan Pari and Tenggiri disamping berulamkan cencaluk and Sambal belacan dimana bahan-bahannya segar khas dari Melaka. Kangkung Goreng Belacan mengunakan Belacan segar khas dari Melaka. Nasi Goreng Baba Nyonya pasti puas menikmati hidangan yang ringkas ini. Roti Canai di waktu pagi bersama kuah Asam Pedas Daging berlainan dari kebiasaan iaitu kari dan dal. Hidangan istemewa Cucur Udang Alor Gajah disebelah petang bersama Sos khas dari Alor Gajah Melaka. Juadah Pencuci Mulut Tapai Aiskrim - Gabungan Ais Krim Vanilla dengan Tapai pulut khas dari Masjid Tanah Melaka pengedar yang amat popular di Negeri Melaka. Buah Melaka (Onde-onde) Kuih tradisional negeri Melaka, Tepung kandungan Gula Melaka disaluti Kelapa Lerai. Harga Makanan Asam Pedas Daging - RM 9.00 Asam Pedas ikan Pari - RM 9.00 Kankung Goreng Belacan - RM 7.50 Ayam Goreng - RM 9.00 Cucur Udang - RM 3.50 8 pagi hingga 11 malam (Isnin-Sabtu) 3 petang hingga 11 malam (Ahad)
Reviews (1)
bygod of cook, September 20, 2007
sekali pandang memang nampak menarik..
lantas terbayang betapa dasatnya lauk asam pedas yang setara ngan dekor nya..
lepas merasa nya.. chiitt.. takdela best sangat..

itu kira ok lagi.. tapi tang bila bayar.. sedih saya bila tengok harganya tak setanding langsung..

kesimpulannya kalau nak makan dekor nya datang la tempat ni.. tapi kalau nak makaan asam pedas banyak lagi kedai yang 5 kali ganda lebih murah tapi LEBIH SEDAP dpd kedai ni..

saya yakin anda yg dah pegi turut setuju
Results 1 - 1 of 1
  • Advertisement
  • Advertisement
  • Advertisement

Shout Box

Latest Message: 3 days, 21 hours ago
  • vaveHarmTau : free valentine day songs
  • gast_3772 : mee kolok? I never try it b4. yea, does ayone know where to have the mee kolok?
  • gast_8740 : i'm looking for a restaurant in selangor that serve sarawak traditional food like mee kolok.
  • JeremyNk : Hey Members! I'm looking for best web hosting where I could host many domains... I also need big bandwidth and space. Could you please recommend for me some good host? :) Jeremy.
  • gast_8121 : anyone selling casio PRG-130T-7V? or know the price?
  • gast_3910 : summit pun ader
  • gast_3910 : o
  • gast_1556 : char kue tiau hospital manjung....
  • gast_8074 : found the link here too. «link»
  • iranian_gur : Semalam baru iftar kat FlamingSteamboat.com @ Bdr Sunway. Memang berbaloi!.. Full house beb! Nak berbuka kat situ kena call in advance untuk booking.

Smilies?

 

web metrics

Member Login

Bookmarks

Add to: Mr. Wong Add to: Digg Add to: Del.icoi.us Add to: Reddit Add to: Jumptags Add to: Upchuckr Add to: Simpy Add to: StumbleUpon Add to: Slashdot Add to: Netscape Add to: Furl Add to: Yahoo Add to: Blogmarks Add to: Diigo Add to: Technorati Add to: Newsvine Add to: Blinkbits Add to: Ma.Gnolia Add to: Smarking Add to: Spurl Add to: Google Add to: Blinklist Information
Social Bookmarking