Selain Pulau Langkawi Jalan-jalan cari makan juga ke Sungai Petani! Seronok bejalan Di Pekan Sungai ini... macam macam ada. Kalau perut lapar singgahlah ke medan selera Jalan Padang. Kalau teringin nak makan buah-buahan pula, di sebelah medan selera ada gerai buah-buahan. Nak buah apa saja semua ada. Harga pun ok.
Kali ini kita pergi cari kedai makan ini yang terletak di No.245, Jalan Lagenda 9, Lagenda heights. Landmarknya berdekatan dengan pasaraya Tesco dan berhadapan dengan kawasan perumahan. Lebih tepat lagi 2 kilometer dari tol keluar Sungai Petani utara.
Damiral, yang bererti JIWAKU memulakan operasinya Mac 2004 yang lalu dan ini merupakan cawangannya yang kedua. Yang pertama di Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Menu kat sini semuanya unik, istimewa selain enak, berkhasiat dan seimbang sebab mesti ada sayur-sayuran segar dalam setiap hidangan. Selain harga yang amat berpatutan, setiap menu ditetapkan seni persembahan makanan. Patut pun motto restoran ini “LOVE AT FIRST BITE!”.
Waktu perniagaan bermula dari jam 12 tengahari hingga 2.30 petang untuk makan tengahari dan dibuka semula untuk makan malam pukul 5.30 petang hingga 11 malam... tutup pada hari Ahad.
Chefnya orang Kedah, bernama Zulklifi Zakaria. Menunjukkan demo kali ini. Filet ikan ni sebenarnya ada inti iaitu cendawan kering dengan ayam belanda. Goreng sampai garing... Fillet ikan tadi dipanggang sekejap... Sebiji tomato dikorek isi dan dibubuh 2 ekor udang... dibakar dalam oven sekejap... dalam 2 hingga 3 minit... setelah itu diletakkan semua dalam pinggan... tuang jus oren sedikit dan jus limau nipih sedikit di atasnya, perasa lea perrins dan tambah sayuran. Hidangan dah pun siap.
Keunikan hiasan dalaman adalah kreativiti pemilik restoran yang memastikan ada unsur air, api, angin & tanah. Sikit sebanyak ikut FENG SHUI katanya. Dinding pula dihiasi dengan bingkai-bingkai gambar pemandangan yang menarik.
gast_3772 : mee kolok? I never try it b4. yea, does ayone know where to have the mee kolok?
gast_8740 : i'm looking for a restaurant in selangor that serve sarawak traditional food like mee kolok.
JeremyNk : Hey Members!
I'm looking for best web hosting where I could host many domains...
I also need big bandwidth and space.
Could you please recommend for me some good host?
Jeremy.
gast_8121 : anyone selling casio PRG-130T-7V? or know the price?
iranian_gur : Semalam baru iftar kat FlamingSteamboat.com @ Bdr Sunway. Memang berbaloi!.. Full house beb! Nak berbuka kat situ kena call in advance untuk booking.