Sewaktu penulis berada di negeri jelapang padi sempena majlis resepsi antara Razak dan Fiza, penulis telah dibawa untuk menikmati sarapan Roti Jala istimewa yang terletak di perkarangan Stadium Alor Setar. Penulis diperkenalkan dengan kuah daging dan kuah ayam yang sangat sedap dan sungguh menyelerakan. Roti jala yang disediakan sangat besar, hampir semua yang ditemui berkata, hanya sekeping pun sudah cukup mengenyangkan.