31 Dec
ROTI JALA, ALOR STAR
aqiff |
Read 647 times | Published in Kedah
 

Sewaktu penulis berada di negeri jelapang padi sempena majlis resepsi antara Razak dan Fiza, penulis telah dibawa untuk menikmati sarapan Roti Jala istimewa yang terletak di perkarangan Stadium Alor Setar. Penulis diperkenalkan dengan kuah daging dan kuah ayam yang sangat sedap dan sungguh menyelerakan. Roti jala yang disediakan sangat besar, hampir semua yang ditemui berkata, hanya sekeping pun sudah cukup mengenyangkan.

Penulis bukan tidak cukup sekeping, tetapi untuk menikmati kedua-dua jenis kuah (kari ayam dan kari daging), penulis terpaksa menambah satu lagi roti jala. Sungguh berbaloi-baloi dengan harga yang berpatutan. Penulis ingin berterima kepada pasangan Razak dan Fiza kerana memberi kesempatan merasai roti jala yang enak dan terkenal ini sebelum penulis meneruskan perjalanan pulang. Kepada pengunjung yang mengunjungi Alor Setar, jangan lupa mencari roti jala yang terletak di perkarangan stadium ini. Berbaloi-baloi...

 

(C) : MKStreet.com

Tagged under

aqiff

E-mail: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
aqiff
Latest from aqiff
Related items (by tag)
Additional Info
  • Halal: Yes
  • Harga (1pax): 2
  • Makanan: Best!
  • Service: Sederhana
  • Kebersihan: Sederhana
  • Alamat:
  • Telefon:
  • Email:
  • Waktu Operasi:
  • Wifi: Yes

Add new comment