aqiff

aqiff

Website URL:

31 Dec

ROTI JALA, ALOR STAR

Published in Kedah

Sewaktu penulis berada di negeri jelapang padi sempena majlis resepsi antara Razak dan Fiza, penulis telah dibawa untuk menikmati sarapan Roti Jala istimewa yang terletak di perkarangan Stadium Alor Setar. Penulis diperkenalkan dengan kuah daging dan kuah ayam yang sangat sedap dan sungguh menyelerakan. Roti jala yang disediakan sangat besar, hampir semua yang ditemui berkata, hanya sekeping pun sudah cukup mengenyangkan.

Semalam merupakan hari terakhir untuk dua orang rakan pejabat yang telah mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik di tempat lain. Bersempena dengan permergian kedua-dua rakan ini, satu majlis perpisahan telah diadakan bertempat di Chakri Palace, KLCC.

13 Dec

SRI PERCIK - MELAKA

Published in Melaka

Pada awal tahun lapan puluhan lagi restoran ni dah jadi buah mulut orang kat Melaka ni betapa sedapnya makanan yang dihidangkan. Lokasinya di Jalan Malim lebih tepat lagi tempat makan ni terletak di jalan utama menuju ke arah bandar Alor Gajah ataupun lima belas minit dari susur keluar tol Ayer Keroh.. berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina.

Bagi yang menggemari masakan Padang dan Negeri Sembilan, anda bolehlah berkunjung ke Restoran Salero Negori. Terletak di aras 2, BB Plaza, restoran ini menampil konsep yang lain dari yang lain. Konsep 2 dalam 1 ini membolehkan pengunjung yang berkenan dengan perabot antik yang terdapat di dalam restoran ini memilikinya.

Colek ? apa itu colek ? dalam bahasa malayunya ia bermaksud Sos/pencicah. Sempena hari buruh lepas penulis sempat bercuti di kampung dan time ini lah nak "jalan-jalan cari makan" untuk diupdate pada portal lovemakan ni.

Restoran ini memperkenalkan satu konsep yang lain daripada yang lain. Lokasi restoran ini berdekatan dengan Pejabat Pos dan Balai Polis Kota Bharu.

Mari kita ke Langkawi kali ini. Sambil menikmati angin dan permandangan di persisiran pantai, marilah mencuba sesuatu yang agak istimewa di sini. Restoran ini bersebelahan dengan AB Motel, Pantai Cenang. Berkonsepkan Rumah Tradisional Melayu, restoran ini dilengkapi dengan perabot dan perhiasan tempatan seperti anyaman buluh di dinding dan siling. Namun, itu hanyalah pada konsepnya sahaja.

10 Dec

RESTORAN SINGGAH SELALU

Published in Johor

Selamat datang ke negeri Johor Darul Taksim. Sebelum bercerita pasal makan, saya berjalan-jalan dulu kat Pasaraya KIP Mart, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru. Seronok mencuci mata di sini. Macam macam ada. Dari makanan yang basah seperti burger, penkek hinggalah kuih-kuih kering.