Tempat makan di pantai Teluk Cempedak lokasinya diantara McDonald dan Hotel Hyatt Regency lebih kurang dua kilometer dari pusat bandar Kuantan. Pilihan menu kat sini berkonsep bistro supaya dapat memenuhi citarasa pelanggannya yang terdiri dari pelancung dari dalam dan luar negara.
Pada awal tahun lapan puluhan lagi restoran ni dah jadi buah mulut orang kat Melaka ni betapa sedapnya makanan yang dihidangkan. Lokasinya di Jalan Malim lebih tepat lagi tempat makan ni terletak di jalan utama menuju ke arah bandar Alor Gajah ataupun lima belas minit dari susur keluar tol Ayer Keroh.. berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina.
Bagi yang menggemari masakan Padang dan Negeri Sembilan, anda bolehlah berkunjung ke Restoran Salero Negori. Terletak di aras 2, BB Plaza, restoran ini menampil konsep yang lain dari yang lain. Konsep 2 dalam 1 ini membolehkan pengunjung yang berkenan dengan perabot antik yang terdapat di dalam restoran ini memilikinya.
Restoran Suchan ini terletak di Tingkat 2, Bangsar Village 2, No 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. Menampilkan konsep Timur dan Barat, Restoran Suchan telah dibuka semenjak 12 tahun lalu dan kini telah mempunyai 3 buah cawangan. Dua lagi cawangannya terletak di Petaling Jaya. Cawangan di Bangsar Village ini pula telah dibuka pada April 2007.
One step into Naili's and you'll be immediately transported to a beach resort, as the bustling sound of traffic outside the venue is melted by soothing music. Even at the main entrance, you will find two jet skis greeting you. As you make your way in, you'll notice fishing boats, surfboards and palm trees that make up the surrounding, creating the laid back ambience of a seaside chalet at night. It is hard to believe that this place is located in Sentul.
Salah satu makanan tradisi kat Kelantan yang agak susah hendak dicari sekarang ialah Nasi tupe' (Nasi tumpang). Jadi time balik kampung yang lepas penulis mengambil kesempatan untuk mencari makanan ini dan akhirnya jumpa di Pasar Kubang Pasu berhampiran bandar Kota Bharu.
Restoran ini memperkenalkan satu konsep yang lain daripada yang lain. Lokasi restoran ini berdekatan dengan Pejabat Pos dan Balai Polis Kota Bharu.
Mari kita ke Langkawi kali ini. Sambil menikmati angin dan permandangan di persisiran pantai, marilah mencuba sesuatu yang agak istimewa di sini. Restoran ini bersebelahan dengan AB Motel, Pantai Cenang. Berkonsepkan Rumah Tradisional Melayu, restoran ini dilengkapi dengan perabot dan perhiasan tempatan seperti anyaman buluh di dinding dan siling. Namun, itu hanyalah pada konsepnya sahaja.
Lagi satu restoran yang istimewa di Langkawi adalah Restoran Shrimpz and Seabreeze. Terletak lebih kurang 1 kilometer dari Underwaterworld, ianya terletak lebih kurang 5 kilometer atau 10 minit dari Pekan Kuah. Restoran ini terletak diantara Jalan Bukit Malut dan Jalan Bukit Maksirat yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Langkawi. Berdekatan, dengan Langkawi Golf Club. Begitu senang hendak ke sana.
Selamat datang ke negeri Johor Darul Taksim. Sebelum bercerita pasal makan, saya berjalan-jalan dulu kat Pasaraya KIP Mart, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru. Seronok mencuci mata di sini. Macam macam ada. Dari makanan yang basah seperti burger, penkek hinggalah kuih-kuih kering.