RESTORAN SINGGAH SELALU
aqiff |
Published in Johor
 
font size decrease font size increase font size
Rate this item
(0 votes)

Selamat datang ke negeri Johor Darul Taksim. Sebelum bercerita pasal makan, saya berjalan-jalan dulu kat Pasaraya KIP Mart, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru. Seronok mencuci mata di sini. Macam macam ada. Dari makanan yang basah seperti burger, penkek hinggalah kuih-kuih kering.

Restoran Singgah Selalu ini adalah cawangan yang ke-4, terletak didalam pasaraya Kip Mart. Lebih tepat lagi, ianya terletak di Taman Tampoi Indah berdekatan taman-taman perumahan lain di Tampoi, iaitu Taman Johor dan Taman Perling. Restoran cawangan baru yang beroperasi 24 jam ini berkonsepkan “food court”. Seperti cawangan yang lain, menu yang disediakan juga sama. Restoran yang besar kapasitinya boleh menampung seramai 500 orang.

ABC merupakan pencuci mulut paling popular. Siap letak coklat dan choc rice. Selain gerai ABC, gerai-gerai lain pun “happening” juga.Terdapat sekitar 350 jenis menu kat sini. Tempat makan ini berhawa dingin. “Setting” di dalam pun lain sikit. Bersesuaian degan konsep bertutup. Selain tu, di tepi restoran ada “amusement park” atau pusat hiburan bagi anda yang sukakan permainan “video game”.


Tagged under
Additional Info
  • Halal: Yes
  • Harga (1pax): 10
  • Makanan: Best!
  • Service: Sederhana
  • Kebersihan: Sederhana
  • Alamat: Restoran Singgah Selalu 36D, E, F Batu 3 3/4 Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru Johor
  • Telefon: 07 221 9275 | 012-7823311 (Zali)
  • Email:
  • Waktu Operasi:
  • Wifi: Yes
2 comments
  • Comment Link aqiff Thursday, 23 December 2010 19:06 posted by aqiff

    ye aku setuju, aku pun sama... time nak order bukan main lama tunggu! :[

    This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  • Comment Link xoxo Thursday, 23 December 2010 18:53 posted by xoxo

    singgah selalu punya service mmg TERUK!!!!!saya dah kena hari tu..first time excited nak makan kat situ.dgr nama macam gah..skali order air suam nak dekat sejam tak sampai2 lagi..mintak sampai 3 kali baru dapat..hasben pulak nasik yg dia order tak sampai lagi walaupun masa tu saya dh habis makan. bila cek balik dgn waiter rupanya nasik goreng singgah selalu tu tak buat pun lagi!!!!!bayangkan la tahap kemarahan kitorg masa tu.harap pihak pengurusan singgah selalu dapat perbaiki service anda..jgn harapla nak singgah lagi bila ada bad experience mcm ni!!!

    This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Add new comment