Banner
1

Nasi Tumpang, Kubang Pasu - Kelantan

Pelbagai pilihan makanan .. yum .. yummmm

kueh mueh yang menyelerakan

Menu pagi : Nasi berlauk, Nasi dagang, Nasi Kerabu, Mee, dan macam macam lagi!

Nasi tumpang udang

Pulut dakak (peluk)

Salah satu makanan tradisi kat Kelantan yang agak susah hendak dicari sekarang ialah Nasi tupe' (Nasi tumpang). Jadi time balik kampung yang lepas penulis mengambil kesempatan untuk mencari makanan ini dan akhirnya jumpa di Pasar Kubang Pasu berhampiran bandar Kota Bharu. Bagi yang  belum try nasi tumpang ini, SILA TRY nescaya tak kan menyesal :). Nasi tumpang merupakan nasi himpit yang di balut di dalam daun pisang dan di dalamnya terdapat 3 lapisan iaitu pada bahagian paling atas terdapat telur dadar, di bawah terdapat lauk udang atau ikan dan pada bahagian tengah - tengah terdapat sambal daging (serunding). Rasanya seperti nasi himpit dengan rasa kuah nasi berlauk udang yang lemak manis disamping serunding daging yang rangup. a'ha terdapat 2 jenis nasi tumpang ini iaitu Nasi tumpang udang atau ikan, untuk membezakan antara kedua jenis ini sila perhatikan jika terdapat ekor (lebihan daun pisang) pada bahagian bawah bungkusan tersebut ia adalah nasi tumpang udang manakala nasi tumpang ikan ia tidak terdapat ekor.

Selain nasi tumpang, anda boleh mencuba pelbagai lagi sarapan tradisi kelantan seperti nasi berlauk ikan aye' (tongkol), nasi dagang kelantan, nasi kerabu dan sebagainya.

Harga Makanan: RM 1.20 | Makanan Rating : 3/5 | Service : takde | Video : Makan MAP : | Video : Nasi tumpang | Kemudahan Wifi : takde

Klik disini untuk melihat lokasi!

 

Written by :
ayeh
 
Comments (1)Add Comment
74
...
written by gaban, May 11, 2010
Bro kalau tak silap aku kat restaurant belanga, mid valley ada jual nasi himpit ni... best ke tak tak pasti la pulak ! smilies/grin.gif

Write comment

busy