Terletak betul - betul di hadapan gelanggang luncur ais di pusat membeli - belah Sunway Pyramid, Restoran Tony Roma’s memang terkenal dengan kelazatan ‘Ribs’ nya. Mempunyai kira - kira 200 restoran di 32 buah negara, kelazatan Tony Roma’s memang tidak dapat disangkal lagi.
Bagi yang pertama kali berkunjung ke sini, cubalah keenakan Bountiful Beef Ribs. Anda pasti tidak berkelip mata menikmati hidangan ini. Atau cubalah Boneless Beef Ribs, semata - mata daging tanpa tulang. Bagi penggemar burger, tidak rugi rasanya jika anda mencuba Roma Burger. Dengan campuran keju cedar, hirisan tomato yang lazat, bawang merah , salad dan jeruk. Harganya juga amat berpatutan. Jangan lupa juga untuk mencuba Onion Loaf. Tetapi jangan terkejut jika anda mendapati hidangan yang sampai kepada anda sangat besar saiznya. Anda pastinya mendapat kepuasan yang sebenar dengan hidangan sebesar ini! Hmm... banyak hidangan yang harus dicuba di sini, Aha, cubalah pesan Tony’s Asian Salad, terdiri daripada salad segar dengan dressing Pan Asian dan juga campuran lada sulah, coriander, biji bijan dan juga pilihan Grilled Chicken, Chicken Tenders ataupun Salmon
Bagi minuman pula, anda boleh memilih sama ada Jus Cranberry, Jus Tomato ataupun minuman panas seperti Latte dan Hot Chocolate. Semuanya bergantung kepada selera anda! Pilihan pencuci mulut pula, saya telah mencuba sendiri keenakan TR’s Chocolate Avalanche. Bagi penggemar coklat, Chocolate Avalanche sememangnya sangat sempurna. Dengan lapisan kek coklat di dasarnya, satu hidangan rasanya masih belum mencukupi. Usai makan, berjalan - jalanlah ke bahagian belakang restoran dan saksikan permandangan indah Sunway Lagoon ataupun terus sahaja ke hadapan restoran dan jamulah mata anda dengan gelagat pengunjung gelanggang luncur ais!
RESTORAN TONY ROMA’S LL 1.43, Lower Level One Sunway Pyramid Shopping Mall No 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya, Selangor
Telefon : 03-7728 7833 Fax: 03-7728 8633 Waktu Operasi : 11 pagi - 10 malam setiap hari