Posted in Kuala Lumpur - International food
Restoran Suchan ini terletak di Tingkat 2, Bangsar Village 2, No 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. Menampilkan konsep Timur dan Barat, Restoran Suchan telah dibuka semenjak 12 tahun lalu dan kini telah mempunyai 3 buah cawangan. Dua lagi cawangannya terletak di Petaling Jaya. Cawangan di Bangsar Village ini pula telah dibuka pada April 2007. Uniknya restoran ini diberi nama berdasarkan nama pemiliknya sendiri iaitu Ms Sue Chan. Antara makanan yang popular di Restoran Suchan ini adalah Nasi Kerabu, Vietnamese Spring Rolls, Tiramisu, Laksa Thai dan juga Chicken & Mushroom Pie. Dan untuk pilihan minuman pula, Kalamansi dan Plum dan juga Roselle Frappe adalah antara yang menjadi pilihan pelanggan - pelanggan di sini. Satu perkara yang menarik perhatian di restoran ini adalah dekorasi hidupan dasar laut yang banyak menghiasi serata dinding restoran ini. Menurut pemilik restoran ini, gambar - gambar tersebut adalah koleksi peribadinya yang tersendiri kerana hobinya adalah menyelam di lautan dalam. | SUCHAN RESTAURANT, BAKERY & CAFÉ 2F 25A, 2nd Floor, Bangsar Village 11, No 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. Telefon: 03-03-2287 1914 Waktu Operasi : 10.30 pagi - 10.30 malam |











