Banner
1

Mari kita ke Langkawi kali ini. Sambil menikmati angin dan permandangan di persisiran pantai, marilah mencuba sesuatu yang agak istimewa di sini. Restoran ini bersebelahan dengan AB Motel, Pantai Cenang. Berkonsepkan Rumah Tradisional Melayu, restoran ini dilengkapi dengan perabot dan perhiasan tempatan seperti anyaman buluh di dinding dan siling. Namun, itu hanyalah pada konsepnya sahaja.

Sambil mengekalkan keaslian perhiasan tradisional, makanannya pula ala barat! Kalau anda ingin menikmati masakan dari negara barat seperti Itali, Jerman, Switzerland, Belanda dan England, datanglah ke Red Tomato Splash Beach Café. Makanan yang paling laris disini adalah "Chicken Cordon Bleu", dimana dada ayam berherba digoreng dengan kentang, bawang, cili benggala kuning dan merah bertaburkan Mozarella cheese. Selain daripada itu, pilihlah juga diantara pelbagai jenis pizza, sandwich & salad. Jika anda mahu menghilangkan dahaga, cubalah Mango Lassinya. Tentu rasa sekali mahu lagi!

Red Tomato Splash Beach Café
Jalan Pantai Cenang
Langkawi
Kedah
Malaysia
04-9553088

Waktu Operasi: 9am - 10pm
Isnin: Tutup

Written by :
ayeh
 
Comments (0)Add Comment

Write comment

busy