Banner
1

Selamat datang ke negeri Johor Darul Taksim. Sebelum bercerita pasal makan, saya berjalan-jalan dulu kat Pasaraya KIP Mart, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru. Seronok mencuci mata di sini. Macam macam ada. Dari makanan yang basah seperti burger, penkek hinggalah kuih-kuih kering.

Restoran Singgah Selalu ini adalah cawangan yang ke-4, terletak didalam pasaraya Kip Mart. Lebih tepat lagi, ianya terletak di Taman Tampoi Indah berdekatan taman-taman perumahan lain di Tampoi, iaitu Taman Johor dan Taman Perling. Restoran cawangan baru yang beroperasi 24 jam ini berkonsepkan “food court”. Seperti cawangan yang lain, menu yang disediakan juga sama. Restoran yang besar kapasitinya boleh menampung seramai 500 orang.

ABC merupakan pencuci mulut paling popular. Siap letak coklat dan choc rice. Selain gerai ABC, gerai-gerai lain pun “happening” juga.Terdapat sekitar 350 jenis menu kat sini. Tempat makan ini berhawa dingin. “Setting” di dalam pun lain sikit. Bersesuaian degan konsep bertutup. Selain tu, di tepi restoran ada “amusement park” atau pusat hiburan bagi anda yang sukakan permainan “video game”. 

Restoran Singgah Selalu
36D, E, F Batu 3 3/4
Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru
Johor
HP: 012-7823311 (Zali)

Written by :
ayeh
 
Comments (5)Add Comment
0
...
written by Ryana, April 06, 2010
I love this restorante,nice ambience,very cheap dessert cakes(cheesecakes,choc cakes,fudge cakes)tom yam is sour,spicy,perfect for my tastebuds.You can also smoke shisha there,smilies/cheesy.gif
0
...
written by sery, April 13, 2010
hish tak sangka jumpa kat cni...seri ngah survey tmpt mkn best jumpa lak site ayeh ni...bgs2!! berguna...
0
...
written by pelanggan yg tidak puas hati, April 22, 2010
smilies/angry.gif Saya & suami pergi ke rest singgah selalu di kipmart pada 21/04/2010. Selesai makan suami saya telah pergi ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Suami saya menghulurkan wang kertas RM50 kepada cashier tersebut malangnya juruwang tersebut memulangkan wang tersebut dgn alasan note M50 saya terkoyak sedikit. Saya tidak berpuashati dan berjumpa juruwang tersebut dan bertanya mengapa dia tidak menerima wang tersebut sedangkan note tersebut sah dan bukannya wang palsu tetapi wang kertas yg sah dan hanya koyak sedikit dibhg tengah dan koyakkan nye tidaklah sampai 2mm. Setahu saya semua bank menerima duit yg lusuh atau terkoyak dan jika koyakkan nya tidak melebihi 2/3 dari note asal jika ditukarkan di bank pihak pelanggan akan diberi nilai yg penuh. Saya tetap menghulurkan wang kertas tersebut tetapi dia tetap juga enggan menerima dgn alasan takut utk menerima duit yg terkoyak dan saya ingin membuat aduan ttg perkara tersebut tetapi dgn angkuh nya juruwang tersebut "kakak buat lah complaint dan saya takut terima duit koyak". Saya berasa perkhidmatan dan tindakan beliau tidak sopan terhadap pelanggannya. Sepatutnya atau sekurang-kurangnya dia berbincang atau mendapatkan nasihat daripada pengurus ataupun ketua di cawangan tersebut sebelum memberikan kenyataan tersebut kepada saya. Pada pendapat saya pihak pengurusan cawangan restoran singgah selalu harus mennyediakan kursus etika ketika melayan pelanggan kepada pekerja-pekerja sebelum memulakan perkhidmatan/perkerjaan tersebut supaya segala masalah dapat diatasi dgn cara yg profesional dan bukannya menyusahkan pelanggan.
0
...
written by diana, April 27, 2010
this restaurant is the BEST!smilies/grin.gif
0
...
written by alfah, August 25, 2010
Nak tnya di singgah selalu kipmart..still ada lgi buffet berbuka puasa x??
boleh tau..apa price nya?

Write comment

busy